| UTAMA | PRODUK | PELANGGAN | MENGENAI KAMI | HUBUNGI KAMI | Hubungi Kami : +603-27172810 |

Imbasan cap jari sesaat
Tiada katalaluan dan tiada kad yang perlu dibawa. Hanya dengan menggunakan cap jari milik anda sendiri.

Informasi dihujung jari anda
Dapatkan gambaran keseluruhan corak kehadiran syarikat anda hanya dengan beberapa langkah yang mudah.

Jana laporan mudah dan cepat
Anda dapat menjana laporan pada hujung bulan dengan mudah dan cepat. Laporan yang dijana juga boleh dieksport ke dalam MS Excel untuk tujuan lain.
Berikut merupakan contoh sistem FingerFlex. Ia memaparkan ciri-ciri utama bagi sistem FingerFlex.
Terminal | Rekod | Penjadualan | Polisi Kad | Cuti | Excel | Laporan
FingerFlex boleh mengenalpasti staff yang punch masuk/keluar hanya dengan cap jari, tidak memerlukan sebarang katalaluan mahupun kad, dalam sesaat sahaja. Ia amat mudah dan praktikal, walaupun pekerja yang tidak mahir tentang IT mampu untuk menggunakannya.
Jika staff lewat/keluar awal, paparan berikut akan dikeluarkan supaya staff terus memasukkan sebab lewat/keluar awal.

Sistem FingerFlex telah dibangunkan sesuai untuk kebanyakan pengguna yang kurang mahir menggunakan komputer. Ia tidak memerlukan sebarang kemahiran dalam penggunaan database ataupun pengaturcaraan. Ini bermaksud, anda boleh mencapai data yang anda kehendaki tanpa perlu membuat sebarang query pada database ataupun menaip sebarang special command.

Setkan sebanyak mana kumpulan pekerja dan waktu bekerja yang diperlukan bagi syarikat anda. Sistem FingerFlex mampu untuk menyokong sebarang keperluan pengurusan waktu syarikat anda. Anda juga boleh menetapkan waktu berkerja yang berlainan bagi kumpulan pekerja yang berlainan.

Dengan sistem FingerFlex, anda tidak perlu memantau laporan secara meluas. Sistem FingerFlex akan trigger sebarang kehadiran lewat secara automatik.

Pengurusan cuti melibatkan daripada hari cuti umum, pengambilan cuti daripada staff dan juga staff yang kerja luar lokasi (outstation).

Laporan-laporan yang dijana boleh juga diexport ke dalam Microsoft Excel. Kami mewujudkan fungsi ini untuk memudahkan pengguna kami memproses data-data kehadiran pada sistem yang lain untuk tujuan tertentu.

Berikut merupakan di antara contoh-contoh laporan yang dijana oleh sistem FingerFlex :-
1 ) Laporan Bulanan - Paparan ringkasan kehadiran untuk sebulan.

2) Laporan Kehadiran Kumpulan - Paparan kehadiran bagi kumpulan/jabatan

3) Laporan Kehadiran Indvidu - Paparan kehadiran bagi individu yang dipilih, daripada dan hingga tarikh yang dikehendaki.

4) Laporan Kehadiran Lewat/Keluar Awal - Paparan staff yang lewat atau keluar awal dari hingga tarikh yang dikehendaki.

5) Laporan Staff Bercuti - Paparan staff yang mengambil cuti.
