Sistem Perakam Waktu Biometrik FingerFlex

UTAMA | PRODUK | PELANGGAN | MENGENAI KAMI | HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami : +603-27172810

Produk

Berikut di antara senarai produk FingerFlex™

“Kami di pengurusan keselamatan ingin mengucapkan terima kasih kepada FingerFlex kerana memudahkan kami merekodkan fail kedatangan angota-angota(staff)”
- Sulaiman B Muhari, IIUM Security Services Sdn Bhd


 

Desktop | Terminal | Mini-Kiosk | Kiosk

 

 

FingerFlex™ Desktop

FingerFlex™ Desktop merangkumi sebuah pengimbas jari desktop yang disambungkan ke USB port komputer. FingerFlex™ Desktop sesuai bagi pemasangan di kaunter resepsi dan juga ruang dalam pejabat. FingerFlex™ Desktop digunakan oleh syarikat bersaiz kecil/sederhana dan juga sekolah-sekolah.

 


 

FingerFlex™ Terminal

 

FingerFlex™ Terminal merangkumi sebuah pengimbas jari dan LCD skrin yang disambungkan kepada embedded controller. FingerFlex™ Terminal sesuai di pasang di lokasi masuk keluar staff terutamanya di pintu masuk pejabat. Ia mampu beroperasi secara ‘stand-alone’. Pengurusan boleh melihat data kehadiran dengan hanya menyambungkan controller kepada network sedia ada di pejabat.


 

FingerFlex™ Kiosk-Mini

FingerFlex™ Mini Kiosk merangkumi sebuah pengimbas jari desktop bersama sebuah komputer industri ( Compact PC ). FingerFlex™ Mini Kiosk sesuai bagi pemasangan di kaunter resepsi dan juga ruang dalam pejabat.

FingerFlex™ Mini Kiosk mempunyai LCD Skrin 15” terbina bersama sebuah mini komputer dibelakangnya. Ia mampu beroperasi secara ‘stand-alone’, dan juga boleh mencetak laporan jika disambung pada pencetak.


 

FingerFlex™ Kiosk

FingerFlex™ Kiosk direkabentuk untuk menyerupai sebuah mesin ‘punch card’, tetapi menggunakan teknologi biometrik dan sebuah paparan LCD 15” berwarna untuk memudahkan paparan maklumat termasuk gambar individu yang merakam waktu.

FingerFlex™ Kiosk beroperasi secara ‘stand-alone’, dan juga boleh mencetak laporan jika disambung pada pencetak.

FingerFlex™ Kiosk sesuai ditempatkan di lokasi yang terbuka seperti ruang kilang dan juga dewan, dimana komputer dapat diasingkan dari alat pengimbas jari.

FingerFlex™ Kiosk juga terbina kamera litar tertutup ( CCTV ) bagi mencegah vandalisma.